Tuesday, December 14, 2010

Trivia @ Fakta

OK.....Kali ini aku nak kongsi apa yang aku baca dalam majalah REMAJA....Check check check check it out! :)

1. Cecair di dalam buah kelapa muda boleh digunakan sebagai pengganti untuk plasma darah.

2. Keldai membunuh lebih ramai orang setiap tahun daripada kapal terbang terhempas.

3. Marilyn Monroe mempunyai 6 jari kaki 0.o *baru tahu*

4. Kamu membakar lebih banyak kalori semasa tidur berbanding ketika menonton televisyen.

5. Tidak mustahil untuk membawa seekor lembu ke tingkat atas tetapi bukan tingkat bawah.

6. Pemilik pertama syarikat rokok Malboro mati akibat barah paru2.

7. Secara purata, kamu menggunakan 43 otot untuk mengerutkan dahi.

8. Adalah mustahil untuk bersin apabila mata terbuka.

9. Yoyo berasal daripada Filipina di mana ia telah digunakan sebagai salah satu senjata untyk memburu.

10. Pada suatu ketika, kulit kepala burung belatuk, gigi ikan lumba2 dan ekor zirafah semuanya pernah digunakan sebagai wang.


No comments: