Aku baru je lepas baca satu artikel ni. Haha. Menarik jugak. Artikel tu berkenaan dengan pertandingan ratu cantik. hermm. korang sume mesti tengah bayangkan yang ratu-ratu cantik tu semua cantik-cantik dan ada body yang menarik kan? kan? kan? kan? ;D Jangan cepat buat andaian yerr. Artikel yg aku baca ni, ratu-ratu yg bertanding ni semua big size tau! Percaya ke tak? Kalau tak percaya, aku akan baut korang sume percaya. mwahahah(evil laugh)
Baca artikel ni k :) aku dapat dari my metro
Sekumpulan wanita sibuk bersolek dan bersiap di depan cermin malah tidak kurang pula yang panik membetulkan pakaian mereka tatkala bersedia untuk menyertai pertandingan ratu cantik unik di Israel. Nama pertandingan tu Miss Fat & Beautiful. Peserta pertadingan itu leka mendandan rambut dan mengenakan solekan serta tertawa sesama sendiri sambil menyanyi dalam bahasa yahudi. Tidak seperti pertandingan ratu cantik biasa yang menetapkan tubuh langsing yang kurus, pertandingan ini mengangkat wanita gempal dan mempunyai bentuk tubuh sebagai ratu. Sama seperti di atas pentas, suasana di belakang turut kecoh dan menarik dengan pelbagai ragam peserta. "Saya wanita cantik dan pasti akan menjuarainya. Saya bangga dengan tubuh dan kecantikan yang ada, tiada siapa berhak menentukan berat badan saya, jadi mengapa saya perlu terseksa untuk menjadi kurus??" ujar Tanya Fayman. Untuk saingan busana malam, Tanya, 23, menyarung gaun sendat bertali halus bersama kasut tumit tinggi dan menggunakan beberapa rantai leher sebagai aksesori. Rambutnya dibiarkan lurus sehingga bahu. Bangga dengan penampilannya, wanita muda itu langsung tidak memperlihatkan tanda-tanda malu atau segan apabila gaunnya TERKOYAK di bahagian atas ketika rancak berbual lalu segera mencapai jarum dan benang untuk menjahit kawasan terbabit. ok. Sampai sini je lah cerita ni. kalau nak tahu lebih lanjut, tekan sini
Aku dah malas nak type. haha. sorry guys. :P aku penat sangat ni!
No comments:
Post a Comment